Bil. Soalan Lazim Jawapan
1. Apakah bidang pengajian yang ditawarkan dalam kursus sijil pertanian ?

Institut Pertanian Sabah (IPS) merupakan salah satu daripada 7 buah institut Pertanian malaysia yang menjalankan Program Sijil Pertanian dengan menggunakan sukatan kursus yang sama. Sijil Pertanian telah diiktiraf setaraf dengan sijil Politeknik (Teknikal) dari politeknik-politeknik kementerian pendidikan malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Terdapat 3 kurikulum pembelajaran iaitu kursus wajib (Teras & Umum), Kursus Pengkhususan dan latihan Industri. Pada tahun 2 pengajian, pelatih akan memilih salah satu bidang pengkhususan seperti berikut:

  • Pengurusan Estet
  • Mekanisasi Ladang
  • Landskap Hortikultur
  • Pengurusan Ternakan
  • Tenologi Memproses Hasil Pertanian
  • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan
2. Apakah peluang atau prospek kerjaya bagi graduan IPS?

Graduan IPS berpeluang bekerja di sektor awam atau menjadi usahawan pertanian. Graduan juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau swasta.

Prospek kerjaya bagi lulusan Sijil Pertanian adalah seperti berikut:

  • Pembantu Pertanian
  • Pembantu Penyelidik
  • Pembantu Hal Ehwal Ekonomi
  • Juruteknik Pembanguana Usahawan
  • Pengurus Landskap Hortikultur
  • Penyelia Pengeluaran Benih
  • Penyelia Projek
  • Penyelia Ladang
  • Penyelia Padang Golf
  • Pengurus Khidmat Katering
  • Eksekutif Jualan
3. Dimanakah boleh mendapatkan borang permohonan untuk memasuki IPS ?

Pengambilan Pelatih baru Program Sijil Pertanian akan diiklankan di akhbar utama tempatan pada bulan Mac setiap tahun dan borang permohonan juga boleh diperolehi daripada:

  • Unit Perkhidmatan Penerangan, Ibu Pejabat Pertanian, Wisam Pertanian, Kota Kinabalu
  • Insitut Pertanian Sabah (IPS), Kota Belud
  • Pejabat-pejabat Pertanian Daerah
  • Pusat-pusat Latihan Pertanian
  • http://www.sabah.gov.my/tani
4. Apakah IPS mengadakan latihan khusus untuk meningkatkan kecekapan dan pengetahuan untuk pelajarnya ? Pelatih sijil Pertanian diwajibkan mengikuti latihan industri selama 8 minggu pada akhir semester pengajian samada di sektor awam atau swasta.
5. Saya berumur 30 tahun dan sudah berumah tangga, adakah saya boleh memohon untuk meneruskan pengajian di institut pertanian ? Syarat Kemasukan IPS menetapkan hanya warganegara malaysia berumur di antara 17 hingga 25 tahun dan belum berkahwin layak memohon, dikecualikan kepada pegawai kerajaan yang berumur kurang dari 30 tahun.
6. Adakah sijil pertanian ini diperakukan dalam sistem pendidikan dan pekerjaan sekarang ?

Sijil Pertanian telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dari Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Januari 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Syarat kelayakan pengambilan Pembantu Pertanian atau pekerjaan yang setaraf dangannya memerlukan kelulusan dalam Sijil Pertanian

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress