KOMITMEN KAMI IALAH UNTUK MEMBERI PERKHIDMATAN BERKUALITI DAN MEMBANTU ANDA TENTANG APA JUGA MASALAH YANG ANDA HADAPI BERASASKAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG KAMI SEDIAKAN :

  • Memberi nasihat kepakaran dan maklumat teknikal dalam masa 14 hari bekerja.
  • Membekal bahan - bahan tanaman berkualiti mengikut tempoh yang ditetapkan :

    * Tanaman Makanan Jangka Pendek/ : 14 hari bekerja Buah - buahan/Tanaman Minuman/Kelapa

    * Sawit : 90 hari bekerja

    * Padi 14 hari bekerja

  • Memberi latihan formal dan informal yang berkualiti bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

* Melaksanakan kursus setiap tahun mengikut jadual berikut :

- Latihan Sijil Pertanian pada bulan Julai

- Latihan Sijil Vokasional Pertanian pada bulan Mac.

- Latihan Sijil Pertanian Bersepadu pada bulan Januari

- Latihan Petani Muda enam (6) bulan pada bulan Jun

* Memaklumkan kepada pemohon tentang

- Tarikh Kursus : 3 bulan sebelum kursus bermula

- Tarikh temuduga : 2 bulan sebelum kursus bermula

- Keputusan temuduga : 2 minggu sebelum kursus bermula

  • Membekal data dan maklumat pertanian yang sahih dan terkini dalam tempoh tujuh (7) hari dari penerimaan permohonan.
  • Memberi khidmat pengembangan pertanian secara bejadual dan berterusan dengan kekerapan dua (2) mingguan , bulanan, suku tahunan atau separuh tahunan.
  • Menyediakan Sijil Fitosanitasi, Lesen Eksport & Permit Import dalam tempoh berikut :

    - Sijil Fitosanitasi : 4 hari bekerja

    - Lesen Eksport : 6 hari bekerja

    - Permit Import : 5 hari bekerja

  • Memberi perkhidmatan yang berkaitan dengan penilaian permohonan dan pembangunan tanah seperti berikut;

* Penyediaan Lapotan ulasan kesesuaian tanah :

- 30 hari bekerja bagi keluasan < 50 hektar

- 60 hari bekerja bagi keluasan > 50 hektar

 

  • Pemeriksaan tanah dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diterima dan menyiapkan laporan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pemeriksaan
  • Meluluskan pelan pembangunan tanah jika teratur dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Mengeluarkan sijil pengesahan pembangunan tanah dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Memastikan masalah wabak serangan perosak tanaman diperiksa dan syor langkah - langkah pengawalannya dibuat selepas 48 jam dari masa aduan diterima.
  • menyalur bantuan - bantuan pertanian yang disediakan mengikut program dalam tempoh yang ditetapkan kepada petani yang layak.

*Tanaman Padi

- Pendaftaran Pembajakan Sawah : 2 bulan ( 2 Jan - 28 Feb )

- Meluluskan Permohonan Bantuan : 21 hari bekerja

- Pembayaran Pembajakan Sawah : 60 hari bekerja

* Tanaman Jangka Pendek dan Jangka Panjang

- Tawaran Dibuka Kepada Umum : Jan hingga Mac setiap tahun

- Meluluskan Permohonan Bantuan Insentif : 21 hari bekerja Pembangunan Yang Layak Dalam Tempoh

Pembayaran Gantian Kos Pembukaan Tanah : 30 hari bekerja

  • Memberi perkhidmatan analisis makmal kimia dalam tempoh yang ditetapkan seperti berikut ;
    Bahan
    Jenis Analisis
    Bilangan Sampel
    Tempoh (Hari Bekerja)
    Tanah Mekanikal dan Kimia
    < 60
    120
    Komponen Kandungan Unsur dan Kimia
    < 50
    60
    Tumbuhan Baja Kandungan Kimia
    < 15
    60
    Air Kandungan Unsur
    < 10
    7
    Tanaman Sisa Racun
    < 10
    6

     

 

  • Taman Pertanian Sabah dibuka enam (6) hari seminggu dari Selasa hingga Ahad.
  • Memberikan jawapan kepada surat - surat rasmi dalam masa 14 hari bekerja.
  • Mengeluarkan cek pembayaran dalam masa 7 hari bekerja.

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress