Datuk Sikodol Magunting @ Sikodol Maludang
(1921 – 2011)

Seorang anak watan yang telah menjadi julungkali perintis menjawat tugasan di Jabatan Pertanian Sabah dalam tiga era, iaitu sewaktu pemerintahan Jepun, pemerintahan British dan di era Malaysia. Datuk Sikodol Magunting @ Sikodol Maludang dilahirkan pada01 Februari 1921, berasal dari Kampung Hungab Penampang, telah berkahwin dengan Datin Boyong Bte OKK Lajungah dan dikurniakan enam orang cahaya mata. Datuk Sikodol Magunting telah menerima pendidikan awal sehingga 7 tahun Standard di All Saints School Jesselton, Diploma in Agriculture (1953- 1956) di Serdang College dan telah mengikuti latihan di Jepun Pada tahun 1956 dalam training Colombo Plan Japan.


Datuk Sikodol telah berkhidmat di Jabatan Pertanian Sabah dari tahun 1941 sehingga 1983, merangkumi jangkawaktu berkhidmat selepas bersara sebanyak 2 kali iaitu ‘re-engagement’ pertama pada tahun 1976 – 1979 dan yang kedua pada 1980 – 1983. Jawatan yang pernah disandang oleh beliau bermula dari jawatan rendah selaku ‘Agriculture Apprentice’ pada 1 Februari 1941, ‘Agriculture Subordinate’ 1947 – 1948, ‘Senior Agriculture Assistant’ pada tahun 1953, ‘Agriculture Officer’ (Extension) pada tahun 1956 sehingga jawatan tertinggi selaku Assitant Director (Extension) 1971 – 1976, dan pernah memangku jawatan Timbalan Pengarah Pertanian pada tahun 1972. Datuk Sikodol juga merupakan Anak Bumiputera Sabah menjawat jawatan tertinggi selaku Penolong Pengarah Pertanian yang kedua di Jabatan Pertanian sabah pada tahun 1971 sehingga beliau bersara wajib pada tahun 1976.


Datuk Sikodol telah berkhidmat di beberapa daerah di Sabah bermula di Kota Belud (1941), Sandakan (1956), Tawau (1957), Ranau (1958), Tuaran ( 1965), Ibu Pejabat Kota Kinabalu ( 1968- 1983).
Sumbangan Perkhidmatan Datuk Sikodol kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah sangat besar dan bermakna, menjadi kenangan abadi di mana beliau telah menerajui “Assisted Settlement Scheme” Tawau 1961, mengetuai “Staff Training Centre” Tuaran 1965, mewujudkan Stesen Pertanian Kundasang dan menubuh kan “Farm School” yang memperkenalkan teknik menghalang hakisan tanah (system teres) penanaman sayur-sayuran temperat di Kundasang. Kegigihan Datuk Sikodol telah menubuhkan skim Penempatan Lohan, Skim Galakan Penanaman Padi, Stesen Pertanian Lohan Ranau dan menjad pengasas bagi penubuhan Pertubuhan Peladang kawasan pertama di Sabah (1970).


Atas sumbangan bakti Datuk Sikodol dalam perkhidmatan awam dengan cemerlang, beliau telah menerima beberapa anugerah seperti penerima Yayasan Chee Swee Cheng 1939, penerima Latihan Colombo Plan Japan 1965, Anugerah Darjah Ahli Memangku Negara (AMN) 1966, Menerima Anugerah Tokoh Kubis (Perintis) 1 Oktober 1977 dan telah menerima Anugerah PGDK berggelar Datuk pada 16 September 1998.


Datuk Sikodol telah meninggal dunia pada 3 Mei 2011 dalam usia 90 tahun, namun jasa dan sumbangan tetap kekal abadi dalam kenangan Jabatan Pertanian Sabah.

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress