Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pertanian Sabah.

Negeri Sabah merupakan negeri pengimport makanan di mana bil imbangan dagangan makanan negeri tidak pernah menunjukan nilai lebihan. Menyedari akan hakikat ini dan potensi membangunkan sektor agro-makanan, Jabatan Pertanian Sabah telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk membangunkan sektor pengeluaran tanaman makanan atau sektor agro-makanan agar dapat memenuhi keperluan makanan untuk rakyat, berdaya saing, menguntungkan dan boleh menyumbang kepada pendapatan negeri.

Sektor agro-makanan akan terus diperkasakan terutamanya dalam pengeluaran tanaman makanan iaitu padi, buah-buahan dan sayur-sayuran. Walau bagaimanapun pembangunan sektor agro-makanan ini bukan hanya terletak di bahu Kerajaan semata-mata tetapi ianya memerlukan penglibatan aktif sektor swasta di samping pekebun-pekebun kecil yang tidak dinafikan akan sumbangan mereka.

Bagi memantapkan lagi sistem penyampaian Jabatan dalam penyebaran maklumat berkaitan sektor tanaman makanan, laman web ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa agar maklumat-maklumat terbaru dapat disalurkan kepada para pengguna dengan lebih efektif. Ini termasuklah maklumat-maklumat mengenai dasar, bantuan-bantuan Kerajaan, projek-projek baharu dan teknologi-teknologi terkini di sektor agro-makanan.

Semoga laman web ini menjadi sumber rujukan dan wadah utama dalam penyebaran maklumat serta informasi sektor tanaman makanan kepada yang berkepentingan dan masyarakat yang berminat.

Untuk menambahbaik persembahan laman web ini di masa akan datang, komen dan cadangan adalah dialu-alukan dengan mengemukakan komen dan cadangan tersebut ke alamat e-mail : doasabah@sabah.gov.my

Sekian, terima kasih dan selamat melayari laman web ini.

 


Pengarah Pertanian Sabah

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress