Balik ke latihan

1. Institut Pertanian Sabah (IPS)

2. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)

 

1. Institut Pertanian Sabah (IPS)


PENGAMBILAN PELAJAR

Pengambilan pelajar baharu diiklankan di akhbar tempatan pada bulan Januari setiap tahun.


CARA MEMOHON

  1. Permohonan dibuat melalui online dengan melayari Web: http://latihan.tani.sabah.gov.my/home.php


Setiap pemohon mestilah mempunyai E-Mail peribadi masing-masing.


KELAYAKAN MEMOHON

 

1) Had Umur

Berumur di antara 18 hingga 25 tahun.

2) Kelayakan Akademik

2.1 Lulus SPM atau SPM(V) dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan seperti berikut:

a) Lulus dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan)

b) Lulus dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan dan

c) Kepujian dalan salah satu mata pelajaran iaitu


Sains, Pengeluaran Tanaman, Sains Pertanian, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumahtangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian dan Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Pengurusan Makanan, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Pastri.


2.2 Syarat-syarat Kemasukan Yang Lain

Berjaya dalam temuduga yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengambilan Pelajar


3) Belum berkahwin


KEMUDAHAN

1) Tempat penginapan dan makan disediakan.

2) Elaun Bulanan sebanyak RM 70.00 sebulan.


STRUKTUR PENGAJIAN

1) Program ini mempunyai empat semester meliputi kuliah (30%) dan latihan kemahiran (70%) di makmal/ladang.

2) Latihan Industri dilaksanakan selama dua bulan.


ALAMAT:

Institut Pertanian Sabah

Timbang Menggaris, Kota Belud

Peti Surat 102, 89158,

Kota Belud, Sabah.


No. Tel: 088 983 017 / 983 016 / 983 015 / 983 014

No. Fax: 088 983 626


 

 

Top

2. Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC)

2.1 Pengenalan

Pusat Latihan Vokasional Pertanian ditubuhkan pada tahun 1983. Pusat ini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Keluasan kawasan adalah 160 hektar  dan  terletak  12.8 km dari Pekan Lahad Datu.

 

2.2 Matlamat

Melatih para belia dan beliawanis sebagai pekerja di peringkat sub-operatif. 

Memberi pengetahuan vokasional dalam bidang pertanian khususnya tanaman sawit dan koko kepada lepasan sekolah terutama sekali yang berasal dari luar Bandar.

Memberi latihan daya kepimpinan dan perhubungan awam.

 

2.3 Kursus Yang Ditawarkan

Pusat ini melaksanakan Kursus Sijil Vokasional Pertanian  secara sepenuh masa.  Kursus  mengambil masa selama satu  tahun (dua semester) dan tiga bulan untuk  latihan industri .     

Bagi melayakkan para pelatih dianugerahkan  Sijil Vokasional Pertanian, para pelatih  diwajibkan lulus semua subjek (teori),  amali, agronomi (kerja ladang) dan juga latihan industri.

 

2.4 Kelayakan

 Pengambilan dibuat berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:

Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah

Kelayakan Akademik paling minima Lulus SRP/PMR (keutamaan diberikan kepada mereka yang memilik SPM / SPVM)

Berumur 19 dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh kemasukan dan masih bujang

Keutamaan kepada belia dan beliawanis yang berasal dari luar Bandar dan mempunyai latarbelakang pertanian

Mempunyai tubuh badan yang sihat dan tidak memiliki sebarang kecacatan.

Berjaya dalam temuduga yang dijalankan

2.5 Cara Memohon

Mereka yang berminat boleh memohon apabila iklan dikeluarkan dalam akhbar utama tempatan pada bulan November setiap tahun.

            Borang permohonan boleh diperolehi daripada:

Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris, Kota Belud

Pusat Latihan Vokasional Pertanian, Lahad Datu

Kaunter Pertanyaan, Aras 5, Ibu Pejabat Pertanian, Wsma Pertanian, Kota Kinabalu

Semua Pejabat Pertanian Daerah

Borang Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:


Penolong Pengarah Pertanian (Latihan Sijil Pertanian) Institut Pertanian Sabah Peti Surat 102 Timbang Menggaris 89158  KOTA  BELUD 
 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Latihan Vokasional,

Institut Pertanian Sabah, Peti Surat No. 102, Timbang Menggaris, 89518 KOTA BELUD

Tel: 088-968053 / 931262 /  Faks : 088-931626

Top

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2009
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress