Perkhidmatan menyebar dan memindah maklumat serta teknologi Pertanian terdiri daripada:-

1. Pengembangan

1. Pengembangan

1.1Pengenalan

Penyebaran dan pemindahan maklumat dan teknologi pertanian merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Sabah melalui Bahagian Pembangunan dan Pejabat Pertanian Daerah. Ia dilaksanakan melalui lawatan Juruteknik Pertanian ke Kumpulan Tani / latihan / kursus / seminar / kempen yang dianjurkan oleh Jabatan di daerah.

1.2 Matlamat

Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan bantuan dalam  aspek teknikal berkaitan pengurusan agronomi dan perlindungan tanaman jangka pendek dan jangka panjang, pengurusan ladang, pembangunan usahawan dan industri asas tani kepada pengusaha pertanian.

1.3 Kursus Yang Ditawarkan

Jabatan Pertanian melalui Bahagian Pembangunan bersama Pejabat Pertanian Daerah menyediakan latihan / kursus / seminar / kempen berkaitan aspek teknikal pertanian dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

1.4 Kelayakan

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang boleh membaca dan menulis.

1.5 Cara Memohon

Untuk mengetahui dan mengikuti latihan / kursus / seminar / kempen yang akan dilaksanakan pada tahun semasa, sila berhubung dengan Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi;

Penolong Pengarah Pertanian, Seksyen Pengembangan Pertanian, Peti Surat 582, 89208 Tuaran.

Tel : 088-788135 / 787645

Faks : 088-788135

 

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress