1. Pengenalan

Pembekalan maklumat dan data pertanian merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian melalui Seksyen Perancangan. Maklumat dan data pertanian yang dibekalkan terdiri daripada terbitan dan media akhbar maklumat pertanian, perangkaan, khidmat perundingan pertanian, kajian sosio ekonomi dan ekonomik tanaman.

2. Matlamat

Perkhidmatan ini bertujuan menyalurkan maklumat dan data pertanian kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukannya.

3. Perkhidmatan Yang Disediakan

Seksyen Perancangan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan terbitan seperti Laporan, Risalah, Bingkisan, Majalah (Berita Bergambar Bulanan Semasa & Infotani), Poster, Banner, Streamer, Alat Pandang Dengar dan Akhbar serta maklumat perangkaan pertanian (keluasan, pengeluaran, perangkaan perdagangan luar Negeri Sabah) maklumat berkaitan ekonomi tanaman serta khidmat perundingan pertanian.

4. Cara Mendapatkan Perkhidmatan

Perkhidmatan pembekalan maklumat dan data boleh diperolehi dengan mengunjungi atau menghubungi Unit-Unit yang terlibat iaitu, Unit Penerangan (088-283252)/Unit Perangkaan Pertanian (088-283240)/Unit Ekonomi (088-283243) dan Unit Perundingan dan Pelaburan (088-283292) di Seksyen Perancangan di Jabatan Pertanian, Aras 1 dan 6, Wisma Pertanian Sabah.

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress