A. Dasar Utama – Peringkat Negeri

Dasar Pertanian

Memperluaskan pembangunan sektor pertanian melalui penggunaan optima sumber-sumber dan pelbagaian, ke arah menjadikan aktiviti lebih bernilai bagi memperkukuhkan sumbangannya kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negeri. Ini keseluruhannya dan mewujudkan perladangan untuk memperbaiki ekonomi dan keadaan sosial mereka.

B. Dasar-Dasar Sokongan – Peringkat Jabatan

Dasar Penyelidikan dan Pembangunan

Objektif/Matlamat Dasar:

Menekankan peranan penyelidikan kearah meningkatkan hasil dan pembaikan mutu disamping menyegerakan kegunaan teknologi. Program pembiakan adalah ditumpukan ke arah pengeluaran tanaman bermutu tinggi, dengan tujuan ke arah memperbaiki kuantiti dan kualiti hasil.

Dasar Latihan

Objektif/Matlamat Dasar

Untuk memberi latihan kepada para petani dan masyarakat tempatan mengenai bidang pertanian supaya dapat meningkatkan hasil pertanian negeri.

Dasar Perkhidmatan Pengembangan

Objektif/Matlamat Dasar

Untuk memberi perkhidmatan pengembangan dan nasihat teknikal melalui berbagai-bagai projek pembangunan dan sosio ekonomi mereka dari kesemua jabatan-jabatan dan agensi-agensi dibawah kementerian.

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress