A. Program Penyelidikan dan Pembangunan

Semua program penyelidikan berikut dijalankan di lima (5) pusat/stesen penyelidikan di seluruh negeri:

  • Pusat Penyelidikan Pertanian Tuaran
  • Stesen Penyelidikan Pertanian Ulu Dusun, Sandakan
  • Stesen Penyelidikan Pertanian Bukit QuionHill, Tawau
  • Stesen Penyelidikan Pertanian Lagud Sebrang Tenom
  • Stesen Penyelidikan Pertanian Sungai Koya

    Pembangunan Tanah

    • Agronomi Tanaman dan Pembaikbiakan Tanaman.
    • Pengeluaran Bahan Tempatan

Perlindungan Tanaman

Kajian-kajian Tanah:

  • Pengkelasan Tanah
  • Pemulihan Tanah


Pembangunan perusahaan baru berasaskan pertanian.

Perkhidmatan kepakaran

  • Analisis Kimia
  • Analisis sisa baki racun perosak
  • Perkhidmatan professional

 

B. Program Perkhidmatan dan Pengembangan

Program perkhidmatan pengembangan dikendalikan oleh Cawangan Pengembangan melalui pejabat-pejabat pertanian daerah di seluruh negeri bagi menyediakan infrastruktur pengembangan melalui aktiviti-aktiviti berikut:-

  • Penubuhan Kumpulan (Kumpulan Tani, Kumpulan Pembangunan Keluarga Tani (PKT), Kumpulan Wanita Maju (KWM)
  • Latihan Kakitangan
  • Lawatan Juruteknik Pertanian ke Kumpulan Tani (KT)
  • Projek-projek Kumpulan
  • Pembangunan Usahawan Tani

 

C. Program Latihan dan Pembangunan Manusia

Program latihan Jabatan Pertanian dikendalikan oleh cawangan latihan bagi menyediakan latihan kerjaya dan pembangunan tenaga kerja dan juga masyarakat di dalam bidang pertanian ke arah memenuhi keperluan tenaga mahir di sektor-sektor awam dan swasta, serta mewujudkan kakitangan Jabatan yang berilmu, produktif dan beramanah. Ia juga bertujuan untuk melahirkan petani generasi baru yang cekap, produktif dan berdaya saing.

1. Latihan Pra-Perkhidmatan (Pre-service Training):

  • Kursus Pertanian Tiga (3) Tahun
  • Kursus Pertanian Satu (1) Tahun

2. Latihan dalam Perkhidmatan (In-Service Training)

  • Kursus Ulangkaji
  • Kursus Induksi

3. Latihan Petani

  • Kursus Pertanian Khas Bagi Petani
  • Kursus Pertanian Asas Bagi Petani
  • Kursus Pertanian Bersepadu

4. Latihan Mekanisasi Ladang

  • Kursus Bagi Petani
  • Kursus Bagi Kakitangan

Program-program latihan berkenaan dikendalikan dipusat-pusat latihan berikut :-

Institut Pertanian Sabah, Timbang Menggaris Kota Belud

Pusat Latihan Vokasional Pertanian, Lahad Datu

Pusat Latihan Pertanian, Timbang Menggaris

Pusat-pusat Latihan Peladang di Ulu Dusun Sandakan, Lagud Sebrang Tenom dan Damai Kota Marudu

Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Penampang

Jabatan Pertanian juga mengendalikan latihan formal untuk kumpulan wanita luarbandar di peringkat daerah dengan menggunakan kemudahan-kemudahan latihan tempatan (seperti bilik latihan dan balai raya), latihan ini dikendalikan melalui projek berikut:-

  • Pembangunan Keluarga Tani (PKT)
  • Kursus Asas
  • Kursus Lanjutan

 

 

Hakcipta Terpelihara © Jabatan Pertanian Sabah 2007 - 2019
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
- PENAFIAN -
Jabatan Pertanian Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terkandung  di dalam laman web ini.

counter for wordpress