Kerajaan Negeri sedang menggubal Pelan Tindakan Strategik Jangka Panjang Sabah (Sabah.LEAP), 2016-2035 yang meliputi tempoh empat (4) Rancangan 5 Tahun yang bertujuan untuk menyediakan roadmap dan visi rancangan pembangunan jangka panjang negeri Sabah. Visi Sabah.LEAP pada tahun 2035, adalah bagi memastikan semua rakyat Sabah akan menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna dalam keadaan yang harmoni dengan alam semula jadi, memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang dan disokong oleh ekonomi yang cergas dan mampan.. klik sini untuk maklumat lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan rancangan Transformasi Nasional (TN50) pada Bajet 2017. Beliau berkata TN50 akan berfungsi sebagai siri wacana kebangsaan yang bertujuan menjurus ke arah hala tuju negara melalui kanvas baru. Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi. klik sini untuk maklumat lanjut.
Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah membuktikan komitmen Kerajaan untuk memperkukuhkan lagi pembangunan infrastruktur di negara ini. Secara holistiknya, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini merupakan pelengkap usaha melengkapkan jaringan lebuhraya Sabah dan Sarawak dengan matlamat untuk pembinaan jalan raya yang lebih selamat dan selesa. Apabila siap kelak, Projek Pan Borneo Sabah ini berupaya merubah lanskap infrastruktur dan menjadi jaringan perhubungan bandar-bandar utama Sabah seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Kudat hinggalah ke Tawau. Selain itu, projek ini dijangka siap pada tahun 2021 akan menjadi pemacu ekonomi setempat serta menyokong pertumbuhan industri-industri sedia ada dan baru. klik sini untuk maklumat lanjut.

 

The Sepangar Bay Container Port here together with Port Klang in Selangor are earmarked to be the key ports that will turn Malaysia into an Asean logistics hub, said Transport Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai. He said the Cabinet had recently discussed steps to turn the country into a logistics hub for Asean with Sepangar port playing the role in the BIMP-EAGA. “Sabah is uniquely and strategically positioned within the Asean sub-region of BIMP-EAGA. The development of this location is highly dependent on the creation of inter-regional transport links that will make Asean the eighth largest economy in the world," Liow said in his welcoming remarks at the Sabah Ports Forum opened by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. klik sini untuk maklumat lanjut.