PERUTUSAN PENGERUSI

Kopivosian dan Salam Sejahtera Warga Penampang.


Selamat Datang ke Portal Rasmi Majlis Daerah Penampang (MDPG)!


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada pihak Jawatankuasa Pengurusan MDPG kerana berjaya menyediakan perkhidmatan Portal bagi kemudahan dan keselesaan para pelanggan serta warga Daerah Penampang. Portal ini juga bukan sahaja berperanan sebagai saluran informasi dan sebagai rujukan kepada masyarakat terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh MDPG malah telah meringankan beban pegawai dan kakitangan MDPG dalam mengharungi kerja-kerja harian mereka.


Saya menyeru kepada setiap pelanggan atau pelawat dalam melayari Web MDPG dapat memberikan respond yang positif yang boleh membantu pihak MDPG kearah meningkatkan mutu perkhidmatan kepada setiap pelanggan mahupun para pelawat Portal MDPG ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama memajukan daerah kita serta melandaikan rantaian COVID19 dengan slogan: KITA JAGA KITA, LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA supaya kita dapat menjalani kehidupan baru yang sihat dan selamat.


Adalah menjadi harapan saya agar Laman Web MDPG ini benar-benar dapat membantu dan memberikan informasi yang cepat dan tepat kepada setiap pelawat/pelanggan.


Sekian dan terima kasih.

 

FRANCIS CHONG
Pengerusi Majlis Daerah Penampang

“SABAH MAJU JAYA”


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK FRANCIS CHONG

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK ROBERT MALANGKIG

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 15 Pelawat Hari Ini
» 231 Pelawat Kelmarin
» 246 Pelawat Minggu Ini
» 2103 Pelawat Bulan Ini
» 25693 Pelawat Tahun Ini
» 83669 Jumlah Keseluruhan Pelawat

 Array ( [memory] => 0.037399291992188 [seconds] => 0.012247085571289 )