SOALAN LAZIM

Apa Itu Cukai Taksiran (Cukai Pintu)

    1. Apakah Itu Cukai Taksiran ?
    Cukai Taksiran (Cukai Pintu) adalah cukai yang dikenakan ke atas pemilik dan penghuni pegangan berkadar yang terletak di dalam kawasan bidang kuasa sesebuah Majlis.

    2. Siapakah Pembayar Cukai Taksiran ?
    Jika anda mempunyai rumah, rumah kedai, hotel, stesen servis, tanah kosong atau pegangan berkadar yang lain yang terletak di dalam kawasan Majlis, anda akan dikenakan cukai taksiran. Sebaliknya, jika anda menduduki bangunan atas tanah tanpa dokumen hakmilik berasingan atau tanah yang dirizabkan untuk sesuatu maksud awam, anda juga perlu membayar Cukai Taksiran.

    • Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
    • Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

    3. Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan Cukai Pintu ?
    Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai pintu ialah termasuklah mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah yang mempunyai atau tidak apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang terletak di atas tanah atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan Seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).

    4. Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai Pintu ?

    • Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya)
    • Tanah perkuburan awam
    • Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
    • Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan keuntungan seperti hospital dan klinik awam
    • Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan
    • Harta-harta Majlis
    • Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
    • Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan

    5. Kenapa Perlu Membayar Cukai Taksiran ?
    Kutipan dari cukai pintu adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, taman rekreasi, pemotongan rumput, lampu jalan, jalan raya serta tempat kemudahan awam untuk kesejahteraan masyarakat.

    6. Bila Perlu Dibayar?
    Cukai Taksiran perlu dibayar 4 kali setahun iaitu :
    •    Suku tahun pertama – 1hb. Januari hingga 31hb. Mac.
    •    Suku tahun kedua – 1hb. April hingga 30hb. Jun.
    •    Suku tahun ketiga – 1hb. Julai hingga 30hb. September.
    •    Suku tahun keempat – 1hb. Oktober hingga 31hb Disember bagi tiap-tiap tahun.


    7. Diskaun/Insentif
    Pemberian diskaun 5% akan diberi jika Cukai Taksiran tahun semasa dibayar penuh sebelum atau pada 31 Mac.

    8. Apakah Yang Akan Terjadi Jika Tidak Menjelaskan Cukai Dalam Tempoh Tersebut ?

    • Faedah 8% setahun akan dikenakan ke atas Cukai Taksiran yang lewat dibayar.
    • Kegagalan menjelaskan Cukai Taksiran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kerajaan  Tempatan 1961.

    9. Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Bil-Bil Tidak Diterima ?
    Datang sendiri ke Pejabat MDPG, Unit Billing untuk mendapatkan bil-bil tuan-tuan/puan-puan. Jangan lupa bawa maklumat-maklumat seperti berikut :-

    • No. Lot/No.Rumah dan kedudukan harta. 
    • No. Akaun Hartanah (Jika ada) atau
    • Bawa bil lama untuk rujukan

    10. Apakah Tanggungjawab Saya Sebagai Pembayar Cukai ?
    Adalah penting bagi pembayar cukai membayar Cukai Taksiran sebelum tarikh akhir pembayaran.
    Pembayar Cukai Taksiran hendaklah:-

    • Menyemak di pejabat Majlis Daerah Penampang samada hartanah anda sudah dikenakan Cukai Pintu.
    • Membayar Cukai Pintu sebelum tarikh akhir pembayaran.
    • Memberitahu Majlis jika terdapat pertukaran alamat pos.
    • Membekalkan alamat peti surat pos, jika ada.
    • Memberitahu Majlis dengan surat-menyurat ataupun mengisi borang PEN5 yang boleh dimuat turun disini atau boleh didapati dari pejabat Majlis di Bahagian Penilaian dan Harta. Memaklumkan Majlis jika terdapat pertukaran hakmilik serta menyampaikan salinan memorandum pindah milik atau dokumen hakmilik terakhir atau perjanjian jualbeli dengan melampirkan salinan dokumen diatas.
    • Memeriksa di pejabat Majlis dan menjelaskan sebarang Cukai Pintu kepada Majlis sebelum pertukaran hakmilik berlaku.
    • Memberitahu Majlis melalui surat-menyurat jika bangunan diubahsuai atau dirobohkan.
    • Memberi kerjasama kepada kakitangan-kakitangan Majlis apabila pegangan diperiksa untuk tujuan Cukai Taksiran.
    • Memberitahu Majlis secara surat-menyurat jika telah mendirikan bangunan tanpa pelan bangunan (Bangunan haram).
    • Melengkap dan mengembalikan borang-borang yang dihantar oleh Majlis.
    • Mengambil Bil Cukai di pejabat Majlis jika anda tidak menerima bil. (Tiada pengecualian denda diberi atas alasan tidak menerima bil Cukai Taksiran).

    11. Jika Saya Hanya Seorang Penyewa Rumah / Bangunan Tersebut, Apa Harus Saya Lakukan ?
    Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera.

    12. Mengapa Cukai Taksiran Saya Berbeza Dengan Jiran Saya?
    Perbezaan Nilai Cukai Taksiran adalah disebabkan oleh:-
    •    Jenis bangunan
    •    Keluasan lantai
    •    Lokasi
    •    Bahan-bahan pembinaan
    •    Kegunaan

    13. Jika Anda Tidak Mampu, Bagaimana Untuk Menjelaskan Cukai?
    Majlis boleh mempertimbangkan permohonan untuk pembayaran secara ansuran. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat Majlis di Unit Hasil untuk membincangkan perkara itu dengan pegawai-pegawai yang berkenaan. Pihak Majlis juga bersedia untuk menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai Cukai Taksiran. Sebarang masalah boleh dikemukan di Pejabat Majlis.

Apa perbezaan Cukai Taksiran dan Cukai Tanah?

    1. Apakah Itu Cukai Tanah?
    Cukai Tanah ialah cukai yang mesti dibayar oleh Tuan Tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pejabat Tanah.  Cukai Tanah mesti dibayar sepenuhnya mulai 1 Januari setiap tahun.

    2. Apa perbezaan 'Cukai Taksiran' dan 'Cukai Tanah'?
    Cukai Taksiran atau juga dikenali sebagai "Cukai Pintu" dibayar kepada Pihak Berkuasa Tempatan.
    Cukai Tanah adalah cukai yang dikenakan bagi tanah hak persendirian dan wajib dibayar sekali setahun kepada Pihak Berkuasa Negeri.


Pilihan Bahasa

Carian

PENGERUSI MAJLIS

ENCIK FRANCIS CHONG

PEGAWAI EKSEKUTIF MDPG

ENCIK ROBERT MALANGKIG

Jumlah Pelawat

» 1 Pelawat Semasa
» 49 Pelawat Hari Ini
» 66 Pelawat Kelmarin
» 912 Pelawat Minggu Ini
» 2847 Pelawat Bulan Ini
» 23029 Pelawat Tahun Ini
» 81005 Jumlah Keseluruhan Pelawat

 Array ( [memory] => 0.037147521972656 [seconds] => 0.01596999168396 )